forex trading logo

Guru Bertugas Minggu ini

Pautan Penting

 

Laman PPDa SMKTJ

Facebook Image
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday77
mod_vvisit_counterYesterday73
mod_vvisit_counterThis week901
mod_vvisit_counterLast week1273
mod_vvisit_counterThis month3206
mod_vvisit_counterLast month5676
mod_vvisit_counterAll days188588

Sedang Online

We have 1 guest online

Login ke Frog Vle

Rancangan Kokurikulum 2012 PDF Print E-mail
Written by Nuwairah   
Wednesday, 28 March 2012 17:19

RANCANGAN KOKURIKULUM 2012

1.0. PENDAHULUAN

 

Gerak kerja kokurikulum merupakan gerak kerja yang bercorak pendidikan, pengalaman-pengalaman pembelajaran. Gerak kerja kokurikulum juga adalah satu kaedah untuk mencapai matlamat-matlamat pendidikan. Laporan jawatankuasa Kabinet Mengkaji Dasar Pelajaran (1979) menyatakan bahawa gerak kerja kokurikulum ini “….adalah penting untuk mencapai, memupuk dan menanam perasaan kekitaan ataupun ‘espirit de crop’ di antara pelajar-pelajar berbagai keturunan yang mempunyai berbagai latarbelakang dan cara hidup yang berlainan. Ia juga bertujuan untuk melatih pelajar-pelajar supaya bersikap bertanggungjawab. Kegiatan ini juga boleh melatih mereka berdisiplin, berdikari dan berkemahiran dalam sesuatu lapangan yang mereka sertai:.

Pada asasnya gerak kerja kokurikulum adalah sebahagian daripada kurikulum sekolah dan setiap pelajar harus melibatkan diri. Berteraskan motto sekolah `ILMU, TAQWA, BESTARI’, rancangan meningkatkan prestasi kokurikulum yang jitu dan menyeluruh dianggap sebagai pemangkin kepada pencapaian akademik pelajar yang berterusan cemerlang. Hal ini kerana kegiatan kokurikulum adalah kesinambungan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.  Di samping memperkukuhkan pengetahuan yang telah dipelajari, kegiatan luar bilik darjah ini boleh menggalakkan perkembangan sahsiah para pelajar untuk menjadi warga sekolah, masyarakat dan negara yang bertanggungjawab.  Sejajar dengan konsep kokurikulum yang merupakan salah satu aktiviti gerak kerja yang boleh meningkatkan interaksi dan integrasi di kalangan pelajar, membina sahsiah bersepadu dari aspek psikomotor, kognitif dan efektif untuk melahirkan insan yang seimbang di samping melatih mereka menggunakan masa lapang yang optimum serta memberi kegembiraan dan kesejahteraan.

 

“Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.”

(Subperaturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 yang diterbitkan sebagai PU(A) 531/97.

 

 

2.0. RASIONAL

 

Aktiviti kokurikulum yang jelas dan bergerak mengikut piawaian perancangan asal boleh menjadi bahan suntikan kepada prestasi keseluruhan kurikulum pelajar. Oleh itu, penglibatan menyeluruh semua pihak dengan berpandukan perancangan asal sekali gus boleh membentuk peribadi yang seimbang dari segi sosial, jasmani dan rohani. Bakat dan minat pelajar dapat dimajukan dengan cara pelajar boleh dididik dan seterusnya pelajar pula boleh mendidik diri sendiri dan rakan sebaya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

3.0. MATLAMAT

Matlamat utama gerakerja kokurikulum adalah untuk menyemai kesedaran dan kepatuhan terhadap agama dan kepercayaan kepada tuhan sebagaimana yang tersurat di dalam falsafah pendidikan Negara. Antara matlamat yang hendak dicapai adalah seperti berikut;-

 

3.1.       Membentuk pelajar yang berperibadi seimbang dari segi kecergasan akal, intelek, rohani, jasmani dan kecergasan diri.

3.2.       Membentuk peribadi mulia, cekal dan bernilai murni serta berpengalaman dan berketrampilan mengurus diri serta pemupukan nilai dan sikap positif.

3.3.       Menyemai kesedaran dan kepatuhan kepada agama dan kepercayaan kepada Tuhan.

3.4.       Mengukuhkan interaksi dan integrasi dalam kalangan pelajar dalam sekolah dan di antara sekolah.

3.5.       Membina dan meningkatkan minat dan bakat pelajar dalam gerak kerja kokurikulum yang diceburi.

3.6.       Membina dan meningkatkan kerjasama dan sumbangan hubungan dua hala antara sekolah dengan ibu bapa dan masyarakat.

 

 

4.0. OBJEKTIF

4.1.       Mempergiat aktiviti persatuan, kelab, pasukan beruniform dan permainan.

4.2.       Membimbing pelajar merancang dan melaksanakan aktiviti dan kegiatan secara berkumpulan.

4.3.       Meningkatkan kebolehan dan pengembangan bakat pelajar melalui aktiviti mingguan dan pertandingan.

4.4.       Membimbing pelajar supaya berani mencuba dan mempunyai keazaman melalui pertandingan di peringkat sekolah, daerah negeri dan kebangsaan.

4.5.       Melatih pelajar supaya bertanggungjawab, berakhlak mulia dan bertingkahlaku yang baik pada setiap masa.

4.6.       Melatih pelajar untuk menjadi pemimpin melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

4.7.       Memupuk sikap toleransi, semangat bekerjasama dan prihatin dalam kalangan pelajar.

 

 

5.0. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN DAN PENGLIBATAN

5.1.    Penyertaan pelajar dalam gerak kerja kokurikulum adalah WAJIB.

“Matlamat gerakerja kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan setiap orang pelajar. Setiap pelajar hendaklah mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam salah satu gerakerja pakaian seragam, satu kegiatan persatuan atau kelab dan satu kegiatan sukan atau permainan.”

{Perkara 5.1 Surat Pekeliling ikhtisas Bil 1/1985 KP(BS)8591/Jld. II(29)}

5.2.    Sekolah mewujudkan peluang yang seluas-luasnya kepada murid menyertai kegiatan kokurikulum yang mereka minati.

{Untuk tujuan ini Pengetua/Guru Besar telah diperuntukkan kuasa untuk menubuhkan kelab/persatuan di sekolah seperti dalam Peraturan 4 Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998 yang diterbitkan sebagai PU(A)196/98.}

 

5.3.    Penyertaan, kehadiran dan pencapaian murid dalam kegiatan kokurikulum hendaklah direkod dan diberi penilaian.

{Hal ini ditegaskan dalam Perkara 8.2.1 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 1/1985 dan Perkara 2.1 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 2/1986)}

 

5.4.    Sehubungan dengan itu kehadiran pelajar mestilah direkodkan.

5.4.1          Setiap pelajar mesti melibatkan diri dalam TIGA aktiviti kokurikulum iaitu  :

a)       Satu badan beruniform

b)       Satu persatuan atau kelab

c)       Satu kelab permainan

5.4.2          Semua pelajar Islam secara automatik adalah Ahli Jawatankuasa persatuan Agama Islam.

5.4.3          Ahli Jawatankuasa lama, terutamanya untuk badan beruniform digalakkan menyertai aktiviti lama masing-masing.

5.4.4          Sekiranya terdapat terlalu ramai pelajar yang menyertai sesuatu aktiviti, pihak pentadbir mungkin mengagihkan pelajar secara rata kepada unit yang lain.

5.4.5          Seseorang pelajar tidak dibenarkan memegang lebih daripada satu jawatan utama dalam kokurikulum.

5.4.6          Semua pelajar memiliki buku kedatangan kokurikulum. Kedatangan mesti ditandatangani setiap kali ada aktiviti.

5.4.7          Aktiviti kokurikulum boleh dijalankan mulai minggu pertama persekolahan.  Untuk pasukan permainan sekolah yang akan bertanding pada awal tahun, latihan harus dimulakan.

5.4.8          Semua aktiviti kokurikulum ditangguhkan sewaktu minggu peperiksaan.

 

6.0. BATAS KETIDAKHADIRAN PELAJAR

 

6.1   Ketidakhadiran murid dalam kegiatan kokurikulum yang murid itu telah mendaftarkan diri untuk menyertainya adalah suatu kesalahan yang menyebabkan murid tersebut boleh dikenakan tindakan disiplin jika disabitkan bersalah seperti tindakan ke atas kesalahan ponteng sekolah atau ponteng kelas.

{Hal ini hendaklah dimaktubkan dalam Buku Undang-Undang dan Peraturan Sekolah dan perlu diketahui oleh murid-murid dan ibu bapa mereka}

7.0. PENGLIBATAN GURU

7.1.    Penyertaan semua guru sebagai penjawat atau pengkhidmat awam dalam mengurus, menyelia dan mengelola kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.

“Penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi mempastikan keberkesanan pelaksanaan gerakerja kokurikulum di sekolah”

(Perkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985.)

7.2.    Status pelaksanaan guru

Keengganan guru melaksanakan tugas dan tanggung jawab yang telah diperuntukan adalah suatu kesalahan daripada segi keperluan perkhidmatan atau kepatuhan dan kebertanggungjawaban penjawat awam atau pun moral dan wibawa keguruan yang boleh dikenakan tindakan disiplin mengikut “Perintah-perintah Am Pegawai Awam (Kelakuan dan tatatertib) (Bab D)”.

7.3.    Pelaksanaan kegiatan kokurikulum di semua sekolah adalah wajib.

“Seksyen 18, Akta Pendidikan 1996 (Akta 550).

7.4.    Seksyen 135 Akta Pendidikan 1996: Penalti Am.

“(1) Seseorang yang melakukan kesalahan di bawah Akta 550 yang  baginya  tiada  penalti diperuntukkan dengan nyata boleh,  apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.”

7.5.    Seksyen 135 Akta Pendidikan 1996: Penalti Am.

“(2) Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah Akta 550 ini boleh, dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda harian yang tidak melebihi lima ratus ringgit sebagai tambahan kepada apa-apa penalti lain yang boleh dikenakan kepadanya di bawah Akta 550 ini berkenaan dengan kesalahan itu, bagi setiap hari kesalahan itu terus dilakukan.”

8.0. PELAKSANAAN DASAR 1 MURID 1 SUKAN (1M1S)

8.1.       Dasar 1M1S mewajibkan setiap pelajar menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Justeru dengan dasar ini diharap setiap pelajar akan melibatkan diri secara aktif dengan menyertai aktiviti sukan sekolah sepanjang tahun. Dasar ini juga adalah selaras dengan Dasar Sukan Negara untuk membudayakan sukan dalam kalangan masyarakat, pelaksanaannya dijalankan di peringkat sekolah melalui dua strategi Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan.

8.2.       Aktiviti di bawah Sukan Untuk Semua adalah sangat penting dalam membina kesihatan, sasiah dan kesejahteraan pelajar. Bagi Sukan Untuk Kecemerlangan, prestasi pelajar yang berbakat dan berpotensi hendaklah terus dibangunkan di bawah Program Kecemerlangan Bakat Muda. Sukan Prestasi tinggi Sekolah serta sukan lain yang mampu ditawarkan oleh pihak sekolah. Oleh yang demikian, penyertaan setiap pelajar dalam sukan adalah amat penting sebagai satu landasan mendokong inspirasi “ 1 Malaysia yang sihat, cergas. Dinamik dan bersatu padu. Dasar ini selaras dengan hasrat YAB Perdana Menteri dalam mendokong semangat 1 Malaysia.

8.3.       Siaran-siaran untuk rujukan:

8.3.1          Pelaksanaan Dasar Satu Murid Satu Sukan JPK03-15/2913/11(13) bertarikh 9 Disember 2010

8.3.2          Pelaksanaan Dasar Satu Murid Satu Sukan KP(BPSH-SPDK)201/005/01/Jld 3(14) bertarikh 1 Disember 2010

8.3.3          Kebenaran khas kepada guru-guru dan murid-murid yang melaksanakan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) memakai pakaian rasmi sukan sepanjang hari berkenaan (KP/KPPM/5(49) bertarikh 25 Julai 2010)

8.3.4          Jadual pelaksanaan Program Sukan dan Permainan Sekolah Sepanjang Tahun (KP.BSSK.302.02/03/002(17) bertarikh 14 Januari 2010.

 

9.0. MATLAMAT 1M1S

9.1   Membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh dari kalangan pelajar

dalam kegiatan sukan sepanjang tahun.

9.2   Memupuk budaya bersukan di kalangan pelajar sekolah agar menjadi Ahli Jawatankuasa

masyarakat yang mangamalkan gaya hidup sihat dan cergas.

 

10.0. OBJEKTIF 1M1S

10.1.    Meningkatkan kecergasan jasmani.

10.2.    Membentuk sasiah, jati diri, disiplin dan nilai murni.

10.3.    Memupuk perpaduan di antara kaum.

10.4.    Membentuk budaya sukan dalam kalangan murid.

10.5.    Memenuhi naluri semulajadi pelajar dalam aktiviti fizikal.

10.6.    Memberi keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan fizikal.

10.7.    Mewujudkan landasan kea rah kecemerlangan sukan.

 

11.0. KONSEP 1M1S

11.1.    Memberi akses kepada semua pelajar untuk mendapatkan faedah dari penglibatan dalam sukan khususnya kepada murid yang kurang atau tidak aktif.

11.2.    Membangunkan sukan sekolah ke arah meningkatkan kadar penyertaan pelajar dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan di sekolah.

11.3.    Memberi peluang kepada semua pelajar yang berbakat dan berpotensi untuk digilap ke tahap yang lebih tinggi.

 

 

12.0. STRATEGI

12.1. “Kegiatan kokurikulum” yang dilaksanakan di sekolah hendaklah merupakan apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam bilik darjah yang memberikan murid-murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di dalam bilik darjah.”

{Peraturan 2 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997}

 

Setiap kegiatan kokurikulum yang dilaksanakan hendaklah dirancang dengan maksud mempunyai matlamat, objektif, kaedah pelaksanaan dan kurikulum kegiatan serta skema penilaian yang pragmatis dan progresif.

 

Setiap kegiatan kokurikulum yang dilaksanakan hendaklah mengandungi elemen-elemen pengetahuan, pengalaman dan kemahiran baru serta nilai-nilai murni yang membantu membangunkan intelek, jasmani, emosi dan rohani murid secara seimbang.

 

Pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah hendaklah berasaskan prinsip penyertaan beramai-ramai tanpa ada unsur-unsur diskriminasi atau paksaan tetapi menfokus kepada peningkatan perpaduan dan integrasi di kalangan murid-murid.

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/2000 bertarikh 16 November 2000).

 

Kegiatan kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah hendaklah bersifat merentas disiplin, bersepadu dan tidak bersifat eksklusif. Penyertaan adalah terbuka kepada semua pelajar.

12.2.    Untuk mencapai matlamat tersebut, berikut adalah beberapa strategi pelaksanaanya:-

12.2.1            Memberi wajaran yang sesuai kepada gerak kerja kurikulum dan gerak kerja

kokurikulum boleh saling melengkapi dalam proses pendidikan di sekolah.

12.2.2            Menambahsuaikan bilangan pasukan pakaian seragam, persatuan/kelab dan

kelab sukan serta mempelbagaikan gerak kerja tersebut dengan memberi peluang kepada semua peringkat pelajar melibatkan diri degan aktif secara individu atau kumpulan.

12.2.3            Melibatkan pelajar dan pihak sekolah dalam gerak kerja khidmat masyarakat.

12.2.4            Merancang denagan teliti gerak kerja kokurikulum bagi menetapkan matlamat

yang hendak dicapai.

12.2.5            Merekod dan menilai kemajuan gerak kerja kokurikulum yang dijalankan.

12.2.6            Mengadakan pertandingan dengan melibatkan semua pelajar.

12.2.7            Mengadakan penyeliaan dan penilaian yang sistematik secara berterusan.

12.2.8            Memberi latihan dan pendedahan kepada guru-guru dari masa ke semasa

dalam mengendalikan kegiatan-kegiatan kokurikulum.

12.2.9            Memberi penghargaan kepada pelajar dan guru yang telah banyak berjasa

dalam gerak kerja kokurikulum sebagai satu pengiktirafan di atas sumbangan

yang telah diberikan.

 

Maklumat baru


Powered by Joomla!. Designed by: Joomla 1.5 template top celebrities Valid XHTML and CSS.