forex trading logo

Guru Bertugas Minggu ini

Facebook Image
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday76
mod_vvisit_counterYesterday107
mod_vvisit_counterThis week1482
mod_vvisit_counterLast week1256
mod_vvisit_counterThis month4012
mod_vvisit_counterLast month7895
mod_vvisit_counterAll days207753

Sedang Online

We have 2 guests online

Login ke Frog Vle

garis Panduan Pengendalian Salah Laku Murid PDF Print E-mail
Wednesday, 28 March 2012 16:26

GARIS PANDUAN PENGENDALIAN KES SALAH LAKU MURID

  1. Pihak sekolah perlu mengambil perhatian perkara-perkara berikut supaya kes salah laku murid di sekolah dapat dikendalikan tanpa menimbulkan keraguan daripada mana-mana pihak.

 

1.1.  Setiap tindakan dan hukuman yang dikenakan ke atas murid hendaklah mengikut  peraturan serta garis panduan yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Tindakan dan hukuman tersebut hendaklah direkodkan dan sentiasa dikemas kini.

1.2.  Mengumumkan pelantikan guru disiplin kepada warga sekolah khususnya murid.

1.3.  Hukuman yang dikenakan ke atas murid perlu bersifat mendidik. Hukuman tersebut mestilah tepat, adil, setimpal, tidak mendera dan tidak menjatuh maruah murid. Proses kaunseling hendaklah dilaksanakan ke atas murid sama ada sebelum atau selepas menerima sebarang hukuman.

1.4. Buku Peraturan Sekolah hendaklah menyatakan dengan jelas unsure dan jenis hukuman supaya murid dan ibu bapa memahami operaturan-peraturan yang diguna pakai di sekolah.

1.5. Unsur provokasi yang memberi kesan negatif sama ada dalam bentuk pergerakan anggota tubuh badan ataupun kata-kata hendaklah dielakkan dalam membuat arahan kepada murid.

1.6.  Bagi kes salah laku ringan dan sederhana yang berlaku di sekolah hendaklah diselesaikan di peringkat sekolah. Walau bagaimanapun sekiranya kes tersebut melibatkan pihak luar maka hendaklah diselesaikan secara permuafakatan. ( Ibu bapa/ Penjaga/ PIBG / JKKK / Persatuan Penduduk / Pegawai Perhubungan Polis dan lain-lain yang berkaitan)

1.7.  Kes salah laku berat seperti melibatkan senjata, gangstarisme, kongsi gelap, dadah atau berupa ancaman keselamatan kepada guru, murid-murid dan warga sekolah yang lain hendaklah dilaporkan kepada polis.

 

  1. Pertimbangan asas dalam menentukan sebarang hukuman ke atas murid:

 

2.1. Beratnya kesalahan : Lebih serius salah laku itu, maka beratlah hukuman yang akan dikenakan. Beratnya hukuman yang dikenakan hendaklah setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.

2.2. Perwatakan dan latar belakang murid : Perwatakan, sejarah dan latar belakang murid yang melakukan salah laku disiplin perlu diteliti sebelum diputuskan sebarang hukuman.

2.3. Kekerapan kesalahan : Lebih kerap salah laku murid atau lebih bersungguh-sungguh murid itu melakukannya maka lebih beratlah hukuman ke atas murid berkenaan.

 

  1. Pengetua dan Guru Besar hendaklah mematuhi serta mengikut prosedur berikut sebelum hukuman dilaksanakan.

 

3.1. Membuat siasatan yang menyeluruh dan teliti ke atas murid serta pihak lain yang terlibat setelah menerima aduan salah laku murid. Siasatan ini perlu dibuat untuk memastikan kebenaran aduan murid. Jika aduan itu benar, perkara- perkara berikut hendaklah disediakan :

3.1.1. Laporan siasatan

3.1.2. Pengakuan bertulis daripada murid berkenaan dan saksi

3.1.3. Bukti yang cukup; dan lengkap

3.2. Memaklumkan kes salah laku murid kepada ibu bapa / penjaga.

3.3. Mesyuarat Jawatankuasa Disiplin / Lembaga Disiplin Sekolah hendaklah dilaksanakan untuk meneliti setiap kes salah laku murid. Pengetua / Guru Besar hendakalah menilai laporan Jawatankuasa Disiplin / Lembaga Disiplin Sekolah dan membuat kesimpulan untuk menentukan sama ada kes tersebut bersabit ( wujud “prima facie”) atau tidak.

3.4. Jika wujud “prima facie”,pertuduhan hendaklah dibacakan dan surat pertuduhan hendaklah diberikan kepada murid yang terlibat. Murid diberi peluang untuk menjawab kebenaran pertuduhan terhadapnya.

3.5. Jika murid menafikan tuduhan tersebut maka hendaklah diberi peluang kepadanya untuk membela diri dan memberi bukti bahawa tuduhan yang dihadapkan kepada beliau tidak betul.

 

3.6. Pengetua / Guru Besar membuat keputusan.

3.6.1. Jika murid dapat membuktikan bahawa tuduhan yang dihadapkan itu tidak betul atau dia tidak bersalah, Pengetua / Guru Besar hendaklah membuat keputusan bahawa murid berkenaan tidak bersalah dan tiada hukuman ke atas murid berkenaan.

3.6.2. Jika murid itu mengaku bahawa dia bersalah atau terbukti dia bersalah, Pengetua / Guru Besar hendaklah mengenakan hukuman ke atas murid berkenaan.

 

  1. Hukuman yang boleh dikenakan ke atas murid yang melakukan slaah laku adalah seperti berikut :

4.1. Hukuman biasa : rotan, denda, amaran dan penahanan.

4.2. Gantung persekolahan

4.3. Gantung asrama

4.4. Buang asrama

4.5. Buang sekolah

 

  1. Sekolah perlu memastikan perkara-perkara berikut dilaksanakan bagi melicinkan pengurusan kes salah laku murid.

5.1. Ibu bapa / penjaga murid hendaklah dimaklumkan secepat mungkin setiap kes salah laku anak mereka.

5.2. Pihak sekolah hendaklah memanggil ibu bapa / penjaga murid yang dikenakan tindakan gantung sekolah, gantung asrama, buang asrama atau buang sekolah untuk menyerahkan anaknya. Sekolah bertanggungjawab menghantar murid ke rumah jika ibu bapa / penjaga tidak hadir ke sekolah khususnya bagi murid yang tinggal di asrama.

5.3. Pihak sekolah mestilah tegas dan adil dalam mengendalikan kes salah laku murid. Setiap murid yang melakukan kesalahan mestilah dihukum. Setiap hukuman yang dikenakan ke atas murid hendaklah mengikut tatacara yang betul.

5.4. Pengetua / Guru Besar sahaja yang boleh menggantung atau buang sekolah dan surat-surat bagi hukuman tersebut mestilah ditandatangani oleh Pengetua / Guru Besar.

5.5. Semua surat yang dikeluarkan oleh sekolah berkaitan kes salah laku murid ini mestilah jelas dan tepat maksudnya supaya tidak dipertikaikan oleh mana-mana pihak.

5.6. Pihak sekolah perlulah mengadakan permuafakatan dengan PIBG, Polis Diraja Malaysia (PDRM), pemimpin setempat dan pihak-pihak lain yang berkaitan supaya kes salah laku murid sekolah dapat ditangani secara holistik.

5.7. Jawatankuasa Disiplin Murid dan Jawatankuasa Tadbir / Disiplin Asrama hendaklah berfungsi sepenuhnya dalam pengendalian kes salah laku murid di sekolah. Jawatankuasa PIBG sekolah hendaklah menjadikan isu disiplin murid sebagai satu agenda dalam mesyuarat dan perbincangan.

 

  1. Pihak sekolah perlu menyediakan dokumen dan perkara-perkara berikut agar kesahihan hukuman ke atas murid yang melakukan salah laku tidak dipertikaikan oleh mana-mana pihak.

 

6.1. Rekod Salah Laku Murid / Sistem Salah laku Disiplin Murid (SSDM)

6.2. Perancangan Strategik Peningkatan Disiplin Murid

6.3. Buku Peraturan Sekolah

6.4. Rekod Kehadiran Murid

6.5. Buku Catatan Kehadiran Murid Dalam Kelas / Diari Kelas

6.6. Laporan Guru Bertugas

6.7. Buku Catatan / Laporan Perhimpunan Sekolah.

6.8. Buku Catatan Pengumuman Sekolah

6.9. Rekod Perkhidmatan Kaunseling Murid

6.9.1. Catatan / Maklumat berkaitan panduan dan tatacara keselamatan murid semasa di sekolah atau mengikut aktiviti murid di luar sekolah.

 

  1. Dalam melaksanakan tugas dan tanggungjwab di atas, Pengetua / Guru Besar dan semua guru hendaklah sentiasa merujuk kepada buku dan dokumen berikut :

7.1. Akta Pendidikan

7.2. Ordinan Pelajaran 1957, Peraturan-peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah) 1959.

7.3. Panduan Tatacara Disiplin Untuk Guru Besar dan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia, DBP, Kuala Lumpur, 1988.

7.4. Panduan Mengatasi Masalah Ponteng Di Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia, 1994.

7.5. Surat-surat Pekeliling Ikhtisas Berkaitan Disiplin dari tahun 1968 hingga sekarang ( yang masih berkuatkuasa )

 

  1. Pihak sekolah bertanggungjawab melaporkan kes salah laku murid ( khususnya kes berat ) kepada Pejabat Pelajaran Daerah dan Jabatan Pelajaran Negeri Kedah.

8.1. Laporan lisan sebagai maklumat awal

8.2. Laporan rasmi pada hari pertama. Ketiga dan ketujuh menggunakan Borang PKP 04-3 ( 1-3-7 )

 

Unit Hal Ehwal Murid

Jabatan Pelajaran Kedah.

 

 

 

 

 

 

 

Maklumat baru


Powered by Joomla!. Designed by: Joomla 1.5 template top celebrities Valid XHTML and CSS.